Kempen pilihan raya Pilihan_raya_DUN_Sarawak_2011

Barisan Nasional memberi jaminan untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan mempertingkatkan program pembangunan untuk semua rakyat. Program pembangunan yang sedang dilaksanakan termasuk projek-projek kemudahan asas seperti jalan raya bekalan air, elektrik dan sekolah akan dilaksanakan mengikut jadual demi kemudahan rakyat.

Antara isu besar yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat adalah mengenai hak tanah adat terutama bagi kaum Dayak. Selain itu, dakwaan tidak berasas terhadap Ketua Menteri Sarawak juga menjadi bahan kempen yang mana mengatakan beliau mempunyai kekayaan luar biasa melalui pembalakan yang berleluasa di Sarawak. Pakatan Rakyat juga berjanji akan melantik Ketua PKR Sarawak, Baru Bian jika mereka menang pilihan raya.

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mengatakan Pakatan Rakyat terutama PKR merupakan pari luar atau semenanjung yang mengganggu parti asal Sarawak berasaskan kaum Dayak.